Nik Aziz sifatkan orang tolak Islam 'macam setinggan'
Posted by
aapi83
Labels:
Perundangan Islam
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan orang yang menolak dasar Islam dan memperjuangkan dasar kebangsaan sebagai 'setinggan di bumi ini'.
Katanya, sebagai hamba Allah manusia ini tidak boleh buat akidah kerana apabila manusia menolak Islam dia sudah bertaraf setinggan dan Pas sendiri Pas tidak membuat sebarang akidah.
Menurut Nik Aziz, UMNO dianggap sebagai tinggal tanpa izin di atas bumi Allah kerana mereka mencipta dasar yang tidak selaras dengan dasar Islam
“Kalau hukum dunia, setinggan ini perlu dirobohkan, dihalang. Pas satu sahaja yang dibuatnya iaitu meniru keputusan yang dibuat oleh Allah mengenai akidah. Pas tidak ada hak untuk membuat akidahnya sendiri. Jadi Islam ini bukan pandai-pandai buatan Pas.
“Bila UMNO buat akidah yang bernama akidah UMNO, dia sudah buat benda palsu. Tapi kalau pun kita ada dasar iaitu dasar parti dan dasar parti kita itu mesti selaras dengan akidah Islam. Dasar parti yang selaras dengan akidah Islam tidak akan menimbulkan masalah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim, semalam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta Pas supaya tidak sepatutnya mempertikai dan mempersoalkan akidah orang UMNO kerana mereka juga sebenarnya adalah orang Islam.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, mana-mana dasar yang tidak selaras dengan akidah Islam maka dasar itu hendaklah ditolak.
“Sebab itu saya selalu menegur UMNO supaya mengubah dasar kepada dasar Islam. Dasar Islam itulah yang selaras dengan akidah Islam.
“Percubaan untuk mengajak saya berbincang atau berunding sebab itu saya jawab nak runding apa, ini perkara lama. Kalau runding soal royalti saya setuju la. Setiap orang mukmin itu aktivitinya ialah 'lillah', berdasarkan kepada syahadah," katanya.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment