feedburner


Delivered by FeedBurner

feedburner count
Your Ad Here

Kota Siputeh : SPR nak sangat kuasa Speaker, Nah!! Ambiklah!

Labels:


oleh Muhammad Sanusi Md Nor (Setpol MB Kedah)-Kedahlanie

Apabila SPR mengambil alih tugas speaker DUN Perak untuk tidak mengosongkan kerusi Changkat Jering, Jelapang dan Behrang, tiada lagi kuasa speaker untuk mengistiharkan kekosongan kerusi Wakil Rakyat tanpa kajian dan pengesahan SPR. Demikianlah tragedi demokrasi Perak mengajar kita menguruskan kuasa di DUN dan mungkin juga Parlimen. Daripada Suruhanjaya untuk menjalankan pilihanraya, SPR kini telah melebarkan had kuasanya menjadi hakim untuk memutuskan bidang kuasa speaker DUN.

Tragedi Perak juga menunjukkan kepada kita banyak sisi gelap dalam demokrasi berparlimen, daripada doktrin pengasingan kuasa eksekutif, legislatif dan judiciary (kehakiman) - kepada campur aduk kuasa yang disahkan oleh perampas kuasa. Speaker boleh diusung keluar jika mahu diganti dengan orang lain, walaupun kaedah 'mengusung dan mengurung' tidak tercatat dalam prosedur dan undang-undang perlantikan speaker, Ia boleh dilakukan dengan bantuan polis!

YB Dato' Abu Hassan Sariff

Setelah menghalusi sindrom 'kelaparan kuasa' SPR dan aparatus awam dibelakangnya, Kedah melontar sebungkus sajian ke mulut mereka untuk mereka makan! Sila kunyah dan telan ramuan kota Siputeh untuk mengenyangkan kelaparan anda kepada kuasa.

Mengikut tafsiran YB Dato' Speaker (yang mendapatkan nasihat YB Penasihat Undang-undang Negeri) terhadap Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, Adun Kota Siputeh sekarang telah terlucut kelayakan untuk terus menduduki kerusi tersebut kerana gagal hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah sebanyak dua kali tanpa kebenaran Speaker. Saya ulangi, Tanpa Kebenaran Speaker..bukan Tanpa Memaklumkan Kepada Speaker melalui surat maupun lisan!

Kalau dibaca sebaliknya, jika pun YB Kota Siputeh memaklumkan beliau tidak dapat hadir ke sidang DUN, tetapi Speaker tidak benarkan beliau tidak hadir, beliau juga hilang kelayakan jika melakukannya dua kali. Jika mengikut kuasa yang diberikan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' Speaker sudah boleh mengumumkan kekosongan Kerusi Kota Siputeh, tetapi kes Perak mengajar speaker Kedah untuk menyerahkan 'kuasa' itu kepada SPR.

Mengikut Undang- undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah juga, DUN hendaklah tanpa gagal bersidang sekali dalam tempoh enam bulan, jika tidak, Dun akan terbubar!

Andaikata, tiba-tiba SPR mengumumkan Kota Siputeh tidak kosong, Adun tersebut tidak hilang kelayakan walaupun tidak hadir dua kali tanpa kebenaran Speaker, seperti peruntukan di bawah Enekmen 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, lepas ini eloklah peruntukan tersebut dihapuskan sahaja. Adun-adun tak payahlah susah-susah datang ke Sidang DUN berapa kali pun yang depa suka, kerana tak ada apa-apa tindakan yang boleh dikenakan.

Sekarang bola di kaki SPR, pintu gol terbuka luas, penjaga gol dan pertahanan sudah diusung keluar.... kerana dicederakan ... kita tunggu SPR nak sepak ke mana! Mereka yang minta sangat bola itu...nah mainlah!






0 comments:

Post a Comment

Your Ad Here
Blog Widget by LinkWithin