THE TREE-ACTING BY TGNA NIK AZIZ NIK MAT
Brought To you by 15malaysia.com.
Sama-sama ambil iktibar.
1:55 PM | 0 Comments
XML BLOGGER TEMPLATE
11:43 AM | 0 Comments
XML BLOGGER TEMPLATE
11:37 AM | 0 Comments
Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain-Perisik Rakyat
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian.
Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu.
Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’, tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.
“Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”.
Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :
- “Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya”.
Sehubungan dengan itu, sekiranya ummat Islam adalah peroboh kuil, gereja dan synagogue seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam dan turut dipercayai oleh segolongan ummat Islam yang jahil, sudah pasti Saidina Umar akan bertindak sebaliknya. Maka amatlah malang sekiranya ummat Islam sendiri tidak memahami konsep keadilan yang dipertahankan oleh Islam sepertimana yang telah dizahirkan oleh Saidina Umar. Konsep keadilan ini meliputi berbagai perkara, termasuklah keadilan terhadap orang bukan Islam sendiri.
Khalifah-Khalifah Islam sebelum mengutus tentera Islam sentiasa berpesan supaya tidak dibunuh kanak-kanak, orang tua, orang yang berlindung ditempat-tempat peribadatan dan tidak diroboh rumah-rumah peribadatan mereka. Begitu juga, tidak dibunuh haiwan ternakan kecuali untuk dimakan dan tidak dimusnahkan tanam-tanaman dan menebang pokok-pokok tanpa alasan.
Keadilan yang sebeginilah yang melonjakkan ummat Islam ke kedudukan istimewa satu ketika dahulu! Bukan kekejaman dan bukan kezaliman.
Menurut kisah ini juga, maka adalah jelas bahawa Saidina Umar memasuki gereja dan berbincang dengan Patriach di dalamnya. Dengan itu, adalah diharapkan tiada pula dari golongan jahil yang akan menggelar Saidina Umar dengan gelaran ‛Umar Gereja’ di atas sebab ini.
Saya sememangnya cukup hairan dengan sikap sebahagian dari ummat Islam dewasa ini.
Mereka berhajat besar untuk memimpin dunia, tetapi tidak menzahirkan sikap yang memungkin cita-cita ini tercapai. Terlalu banyak yang disensitifkan sehinggakan tidak mungkin berbincang dan berunding dengan yang bukan Islam sama sekali. Manakan mungkin menjadi pemimpin dunia yang majoritinya bukan Islam, sekiranya kita sendiri tidak mampu untuk berinteraksi bersama mereka bagi membuktikan keadilan Islam itu sememangnya untuk semua.
Wallahu a'lam
KHALID SAMAD
8:30 AM | 0 Comments
Salat: Difference between a Muslim other Religion
(Surah Baqarah, ayah 238)
(Sahih Muslim: Kitab ul Iman: Book 001, Number 0147)
(Tirmidhi, kitab ul Iman, Declared Sahih by Imam Tirmidhi, Imam Nasai and Allama Iraqi, Minhaaj ul Muslimeen pg.80)
(Ibn Maja, Sahih Jami ul Sagheer part 2 pg 95, Sanad: Sahih, Minhaaj ul Muslimeen pg. 80)
(Surah Nisa, ayah 48)
(Surah Taubah, ayah 11)
(Sahih Bukhari, kitab ul Iman: Volume 1, Book 2, Number 24)
9:52 AM | 0 Comments
Renjis Ramadhan : Nuzul Quran Ruang Penghayatan Kitab Suci
Hari ini, umat Islam diseluruh negara meraikan sambutan Nuzul Quran dan banyak program-program keagamaan yang dianjurkan oleh pihak masjid bagi membangkitkan ingatan orang ramai terhadap satu lagi peristiwa bersejarah yang patut diraikan oleh semua umat Islam.
Al-Quran jika dilihat pada maksudnya adalah bacaan atau himpunan yang mana di dalamnya terdapat pelbagai perkara berkaitan urusan seharian melibatkan soal tauhid, ibadat, jinayat, munakahat, kenegaraan, muamalat serta di dalamnya juga terungkai persoalan Sains dan Teknologi. Begitulah kehebatan mukjizat Al-Quran dan jika dihayati tentang isi kandungan dan intipati ayat-ayat suci Al-Quran, ia mampu memberi kesedaran dan memberi pengajaran kepada sesiapa sahaja yang membaca dan mengahayati maksudnya.
Al-Quran diturunkan kepada umat manusia sebagai panduan dan bimbingan dalam meniti kehidupan yang sementara di dunia ini. Al-Quran jika dihayati dan diikuti secara keseluruhannya, merupakan panduan perlembagaan yang terbaik untuk kehidupan dan semua makhluk di dunia. Selain itu, Al-Quran juga sebagai penawar dan penyembuh dari pelbagai penyakit hati. Ini jelas digambarkan menerusi ayat Al-Quran yang bermaksud : “Sesugguhnya sudah datang kepadamu sebuah pelajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit (yang berada di dalam dada)” (Surah Yunus: 57).
Pembacaan dan penghayatan Al-Quran pada masa kini dilihat benar-benar penting bagi mengelak dan menjauhkan umat Islam dari pelbagai penyakit sosial yang benar-benar merugikan masyarakat. Remaja masa kini benar-benar telah menjauhi Al-Quran dan sering mendekatkan diri mereka dengan dunia hiburan yang melalaikan. Bersempena dengan sambutan Nuzul Quran, marilah kita kembali kepada ajaran Al-Quran dan janganlah kita sesekali menjauhkan diri dari Al-Quran kerana pembacaan dan penghayatan terhadapnya benar-benar mendatangkan ketenangan kepada diri kita.
Kepada golongan remaja, jadikanlah Al-Quran sebagai pendamping dan dekatkanlah diri kepada Al-Quran sebagai panduan terhadap kebenaran yang kekal selamanya. Menurut buku ‘Penjelasan Mengenai Al-Quran’ yang dikeluarkan oleh Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, terdapat beberapa perkara yang dapat dikongsikan bersama sebagai panduan mendekatkan dan menghayati pembacaan Al-Quran :
* Yakin terhadap kebesaran dan keagungan ayat-ayat yang dibaca. Keyakinan itu bersandarkan bahawa ayat-ayat yang dibaca itu adalah kalam Allah yang memiliki dan memerintah sekelian alam dan Allah jugalah yang menurunkannya (Al-Quran) dan difardhukan kepeda hamba-hambaNya mengikutinya serta diwajibkan kepada mereka beriltizam dengan segala tuntutannya. * Yakin bahawa Al-Quran menjadi makanan hati dan jiwa pembaca, matlamat segala segala keperluannya dan kelazatan rohnya. Ia juga menjadi penawar terhadap apa saja kesulitan yang dihadapi oleh manusia seperti kepedihan, dukacita, masalah peribadi dan masyarakat. * Sentiasa takutkan azab Allah dan seksaanNya sekiranya berpaling daripada Al-Quran dan penghayatannya.Jadi, bersempena dengan sambutan Nuzul Al-Quran, marilah sama-sama kita mendekatkankan diri dengan Al-Quran dan menjadikan AL-Quran sebagai wadah pembangunan jiwa dan rohani yang bersih.
7:36 AM | 0 Comments
AMBIL ISLAM KESELURUHANNYA
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَشۡرِى نَفۡسَهُ ٱبۡتِغَآءَ مَرۡضَاتِ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ رَءُوفُۢ بِٱلۡعِبَادِ (٢٠٧) يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِى ٱلسِّلۡمِ ڪَآفَّةً۬ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِۚ إِنَّهُ ۥ لَڪُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬ (٢٠٨)
surah Al-Baqarah ayat 208.
maksudnya;
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (208)
O you who believe! Enter perfectly in Islâm (by obeying all the rules and regulations of the Islâmic religion) and follow not the footsteps of Shaitân (Satan). Verily! He is to you a plain enemy. (208)
6:43 AM | 0 Comments
13 wasiat Rasulullah kepada Ali
RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.
Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"
2:00 PM | 0 Comments
RESEPI BADAK BERENDAM
Bahan-bahan ( 20 biji )
- Bahan doh:
- 180g tepung pulut
- 20g tepung gandum
- 160ml air
- 1/2 sk garam
- Bahan Inti:
- 100g gula merah
- 100ml air
- 120g kelapa parut (putih)
- 1 helai daun pandan
- 1/2 sk garam
- Bahan kuah:
- 500ml santan (1 biji kelapa)
- 2sb tepung beras
- garam secukupnya
- Bahan acuan: daun pisang
Cara-cara
- Inti: Masak gula merah dan air hingga larut, masuk garam, kelapa parut dan dan daun pandan. Kacau hingga agak kering. Biar kan sejuk
- Doh: Gaul tepung pulut, garam dan air secukunya hingga doh jadi lembut. Masukkan inti dan bentukkan bebola sebesar guli.
- Bentukkan daun pisang seperti acuan tepung pelita. Atur 4 biji bebola ke dalam acuan.
- Campurkan bahan kuah. Kemudian tuang ke dalam acuan daun pisang sehingga paras bebola.
- Kukus selama antara 10-15 minit. Jangan kukus kuih terlalu lama kerana santan akan pecah minyak.
1:58 PM | 0 Comments
Berhati-hati di jalan raya
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa.. kan , tengok. Tak ada apa-apa kan ?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.
Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.
PANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....
...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!
Sekian.
Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi ...
12:30 PM | 0 Comments
ALHAMDULILLAH
Alhamdulillah.
Aku bersyukur seribu rahmat kepada Allah yang telah memberikan nikmat nafas yang tidak penah henti, nikmat kesihatan yang baik, nikmat anggota badan yang sempurna dan berbagai-bagi nikmat lagi.
Hari ini dah masuk hari ke-6 Ramadhan, alhamdulillah aku masih dihidupkan oleh Allah SWT untuk terus beribadah dan sujud kepadaNya. Namun kita semua manusia yang lemah yang pasti akan terjebak dengan noda dan dosa. Tetapi kita mesti ingat bahawa bulan Ramadhan Allah SWT membuka seluas-luasnya pintu syurga untuk menerima taubat hambanya yang daif ini.
Untuk kesekian kalinya, bulan Ramadhan kali ini aku berazam untuk menjalankan ibadah yang diperintahkan berserta ibadat sunat dengan semaksimum mungkin.
Tapi seperti biasa la kita kan manusia, mesti ada cacat celanya dalam melakukan ibadah, tapi kita berharap agar ianya diterima dan diampuni dosa-dosa kita.
Kita cuma menumpang di bumi Allah ini, sungguh malulah kita jika tidak menghormati tuan punya rumah jika kita menumpang di rumah orang, sama situasinya kita sekarang, kita cuma menumpang di bumi yang Allah ciptakan ini. Jangan kita hidup di dunia ini seperti ingin menongkat langit. Kita akan mati dan akan tinggalkan semua yang ada di dunia ini.
Hadis Abdullah bin Umar r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Pada Hari Kiamat Allah s.w.t melipat langit kemudian menggenggamnya dengan tangan kanan lalu berfirman: Akulah Raja! Di manakah orang yang gagah perkasa? Di manakah orang yang bongkak? Kemudian Dia melipat bumi dengan tangan kiri-Nya lalu berfirman: Akulah Raja! Di manakah orang yang gagah perkasa? Di manakah orang yang bongkak?.
12:03 PM | 0 Comments
5 CARA UNTUK TENANGKAN HATI.
Assalamualaikum.
Pagi ni dah masuk hari ke-8 kita menunaikan ibadah puasa. Insyaallah berkat dari nikmat kesihatan yang Allah berikan padu ku, dapat aku bersama-sama rakan-rakan qariah bersolat subuh jemaah bersama-sama.
Selepas solat subuh tadi diteruskan pula dengan kuliah subuh, tajuk yang sangat menarik iaitu cara bagaimana untuk memperolehi hati yang tenang. Kuliah tersebut disampaikan oleh ustaz dalam qariah ini juga, tak ingat nama ustaz tu. 5 cara untuk memperolehi hati yang tenang adalah dengan;
7:03 AM | 1 Comments



