feedburner


Delivered by FeedBurner

feedburner count
Join Vinefire!
PerformancingAds
Your Ad Here

Keputusan Tidak Rasmi PRK N31 Bagan Pinang

KEPUTUSAN TIDAK RASMI

ZULKEFLY MOHAMAD OMAR:2490
MOHD ISA ABD SAMAD:7821

JUMLAH UNDI ROSAK

:84






RASUAH DALAM AL-QURAN

Labels:




"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) diantara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu dengan (memberi rasuah) kepada hukum-hukum, kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya)". (Al-Baqarah ayat 188)

Ketetapan as-sunnah pula meriwayatkan berdasarkan sabda rasulullah s.a.w : "Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk kedalam neraka". (Riwayat At-Tabrani)

Hadirin yang berbahagia,

Jenayah rasuah sering berlaku adalah disebabkan :

1- Hilangnya nilai keimanan dalam diri dan kehidupan setiap individu.

2- Syariat Allah tidak diamalkan dalam kehidupan nyata manusia. Situasi ini akan membuatkan manusia begitu nekad melakukan jenayah dan menghalalkan semua cara.

3- Ingin menjadi cepat kaya dan hidup berbagai, sehingga tidak mempedulikan halal atau haramnya harta yang diperolehi.

4- Kegagalan dalam mengimbangi antara pendapatan dan perbelanjaan dengan keperluan hidup semasa.

5- Rasulullah s.a.w bersabda : "Tibanya suatu masa dimana manusia ketika itu tidak lagi peduli tentang apa yang mereka ambil (belanjakan ) samada daripada sumber yang halal atau pun yang haram".





HATI-HATI MEMILIH PEMIMPIN

Labels:

Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata: ‘Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada rasul. Dan mereka berkata: ‘Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan kami timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar. (Qs. al-Ahzab [33]: 66-68).

Ayat ini menjelaskan penyesalan orang-orang yang telah memilih pemimpin yang telah menyesatkan mereka karena tidak menjalankan syari’at Allah sesuai al-Qur'an dan sunnah. Dalam ayat lain dipertegas:

Dan (ingatlah) hari ketika orang dzalim menggigit dua tangannya (tanda menyesal) seraya berkata: ‘Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama rasul’. Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Qur'an ketika al-Qur'an itu telah datang kepadaku. Dan adalah setan itu tidak mau menolong manusia. (Qs. al-Furqan [25]: 27-29).

Kenyataannya mereka yang telah kita pilih tidak menjalankan hukum-hukum sesuai dengan syari’at Allah, menghalalkan apa yang diharamkan Allah, mengharamkan apa yang dihalalkan Allah, mendzalimi rakyat yang telah sangat kesusahan serta memperkaya diri dan keluarganya.

Kalau masih memilih pemimpin yang tidak menerapkan hukum sesuai al-Qur'an dan sunnah maka tunggulah adzab Allah, muka mereka (para pemilih) akan dibolak-balikan sambil dibakar api neraka (mungkin seperti sate) dan saking kesalnya mereka meminta kepada Allah agar pemimpin mereka diberi azab dua kali lipat dibandingkan mereka.

Masih adakah pemimpin yang akan menjalankan hukum-hukum Allah secara kaffah dan mengurus rakyatnya agar selamat dunia-akhirat?, seperti yang dicontohkan oleh Rasul dan Khulafaur Rasyidin?. Jika tidak ada, maka jalan terbaik adalah menghindarkan diri untuk memilih mereka agar tidak menyesal diakhirat nanti.

Bisa jadi kita merupakan salah seorang pemerkuat kekuasaan mereka,

Akan datang kepada kalian para penguasa, mereka mengucapkan janji-janji yang tidak mereka kerjakan dan melakukan apa yang mereka tidak ketahui. Barang siapa yang menjadi penasihat, pembantu dan pemerkuat kekuasaan maka mereka akan binasa dan membinasakan. [HR Thabrani]. Wallahua’lam.






N-31 Bagan Pinang: Menifesto Calon Pakatan Rakyat

Labels:

1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pihak media kerana melaporkan dengan adil aktiviti saya, PAS dan Pakatan Rakyat sehingga petang ini.

2. Kesempatan ini, ingin saya sebutkan beberapa fokus kempen saya serta agenda kesejahteraan yang ingin saya tawarkan kepada pengundi N31 Bagan Pinang.

3. Ikhlas saya katakan bahawa di Port Dickson, khususnya di Dun Bagan Pinang ini terdapat banyak isu malar segar yang perlu ditangani bersama.
  • Daripada 13 permasalahan yang dekat dengan rakyat, umumnya rakyat mahu isu penaiktarafan jalan utama dari Telok Kemang ke Pasir Panjang segera diselesaikan.
  • Kedua, rakyat mahu masalah perparitan yang menjadi punca utama banjir kilat, pembiakan lalat serta nyamuk segera diselesaikan.
  • Ketiga dan terakhir, rakyat mahu isu alam sekitar yang melibatkan Pantai Port Dickson kerana dengan berbuat demikian, bukan sahaja menggamit semula kehadiran pelancong malah menjana ekonomi setempat.
4. Ikhlas saya katakan, kemenangan saya tidak akan mengubah lanskap kuasa kerajaan negeri. Tetapi, kemenangan ini akan membawa satu lagi ‘kehendak rakyat’ ke Dewan Undangan Negeri. Pakatan tambah satu kerusi Adun lagi, menjadikan 16 keseluruhannya. Umno tinggal 18 kerusi sahaja. Beza kerusi kita (Pakatan) dan BN hanya 2 kerusi sahaja. Semoga inilah yang dikatakan bersama kehendak rakyat.

5. Tahun lepas, Datuk Shaziman Abu Mansor kata di Parlimen, tiada peruntukan untuk membaiki jalan di sini. Sedangkan tanggungjawab membina jalan sebenarnya di dalam Senarai Persekutuan (Federal List). Jadi, Umno tidak perlulah memperbodohkan rakyat dengan kempen adakah saya mampu memperbaiki jalan jika saya menang.

Sedangkan jika Tan Sri Mohd Isa Samad menang sekalipun, itu bukan tanggungjawabnya untuk membina jalan. Maka, saya akan senantiasa membawa isu penaiktarafan jalan ini di Dun kelak, di samping membantu Ahli Parlimen Telok Kemang membawa isu ini di Parlimen. Sama ada jalan siap dulu, atau Umno tumbang di Negeri Sembilan, biarlah rakyat terus membuat perhitungan.

6. Begitu juga dalam isu perparitan, Port Dickson dikenali khalayak tempatan sebagai Bandar Pembiakan Lalat, Banjir Kilat dan beberapa lagi. Akar masalah pada segala permasalahan kedua ini adalah sistem perparitan yang tidak efisyensi.

Pembiakan lalat adalah natijah pada masalah perparitan. Bau busuk juga adalah natijah pada masalah perparitan. Banjir kilat yang berlaku setiap kali musim hujan juga adalah natijah pada masalah perparitan. Selesaikan akan masalah, bermakna selesailah segala natijah/masalah berantai tersebut. Selesaikan masalah perparitan, insyaAllah selesailah segala yang membelenggu rakyat hampir sedekad ini.

7. Saya yakin rakyat tempatan tahu tentang privasi pantai awam oleh segelintir pemimpin Umno bersama-sama pihak tertentu. Saya yakin, rakyat tempatan semuanya tahu isu masalah sampah-sarap ini berpunca oleh sistem pengangkutan sampah oleh syarikat SWM. InsyaAllah, pengalaman menjadi sukarelawan dan aktivis alam sekitar dan kemasyarakatan, menjadi pengerusi ‘No Incinerator Broga’; saya sedia mengetengahkan idea-idea yang lebih progresif demi kepentingan rakyat.

8. Dalam maksud yang lebih mudah, manifesto saya untuk rakyat adalah memperjuangkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat khususnya di Telok Kemang. Jadikan Adun Bagan Pinang sebagai satu lagi suara pendesak di Dewan Undangan Negeri (DUN), agent semak dan imbang terhadap projek-projek terbekangkalai serta urus tadbir kerajaan negeri yang dilihat pincang dan pembaziran oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

BERSAMA KEHENDAK RAKYAT

Zulkefly Mohamad Omar
Calon Pakatan Rakyat




MEMILIH PEMIMPIN AMANAH BUKAN RASUAH

Labels:




Dalam masyarakat Islam, segala sesuatu harus diserahkan kepada ahlinya yaitu yang berhak menurut milik, ilmu atau kepandainnya, bukan menurut kedudukan, keturunan, atau derajat terpandang.

Karena itu, Islam bukanlah agama yang membenarkan sistem feodal dan kerajaan yang sifatnya pusaka keturunan, juga tidak membenarkan facisme yang didasarkan atas kekuatan tentara.

Kini teranglah bahwa orang Islam tidak menjadikan orang munafik, kafir atau musyrik, jadi pepimpin, demikian mereka hidup di bawah pimpinan orang-orang beriman saja.



ULIL AMRI AULIYA DAN KHALIFAH


ULIL AMRI

Ulil Amri sesuai dengan istilahnya, kita artikan dengan ”yang berfungsi”, hanya dua kali tercantum dalam Alquran yaitu pada Ayat 4/59 dan 4/83. Untuk memahami sangkut pautnya, baiklah dikutipkan artinya sekali lagi begitupun Ayat suci lain yang sehubungan:


إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤدُّواْ الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَ
ا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُواْ بِالْعَدْلِ إِنَّ اللّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ سَمِيعاً بَصِيراً

4/58. ALLAH memerintahmu menyerahkan amanat kepada ahlinya, dan ketika kamu menghukum dengan adil.
ALLAH mendatangkan nikmat mengajarmu dengannya, bahwa ALLAH mendengar lagi melihat.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ
وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّه
ِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا

4/59. Wahai orang-orang beriman, patuhilah ALLAH dan patuhilah Rasul dan yang berfungsi dari kamu.
Jika kamu beriman pada ALLAH dan Rasul, jika kamu beriman pada ALLAH dan Hari yang akhir.
Demikian lebih baik dan pengertian yang lebih bagus.

مَّنْ يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللّهَ وَمَن تَوَلَّى فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظاً
4/80. Siapa yang mematuhi Rasul, sungguh dia mematuhi ALLAH, dan siapa yang berpaling,
maka tidaklah KAMI utus engkau selaku penjaga atas mereka.

وَيَقُولُونَ طَاعَةٌ فَإِذَا بَرَزُواْ مِنْ عِندِكَ بَيَّتَ طَآئِفَةٌ مِّنْهُمْ
غَيْرَ الَّذِي تَقُولُ وَاللّهُ يَكْتُبُ مَا يُبَيِّتُونَ فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ وَكَفَى بِاللّهِ وَكِيلا

4/81. Dan mereka mengatakan kepatuhan maka ketika menghindar dari engkau, sebahagian mereka
menyampaikan yang bukan engkau katakan. ALLAH menuliskan yang mereka sampaikan itu.
Berpalinglah dari mereka dan berserah dirilah pada ALLAH. Cukuplah ALLAH selaku penjaga.

أَفَلاَ يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللّهِ لَوَجَدُواْ فِيهِ اخْتِلاَفاً كَثِيرا
4/82. Tidakkah mereka memperhatikan Alquran? Kalau dia dari selain ALLAH
tentulah mereka dapati dalamnya kontradiksi yang banyak.

وَإِذَا جَاءهُمْ أَمْرٌ مِّنَ الأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاع
ُواْ بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَى أُوْلِي الأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ
الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْلاَ فَضْلُ اللّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لاَتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلاَّ قَلِي

4/83. Ketika sampai pada mereka perintah tentang keamanan atau kecemasan, mereka memperdebatkannya.
Kalau mereka mengembalikannya kepada Rosul dan kepada yang berfungsi dari mereka tentulah
orang-orang yang menyelidikinya dari mereka akan mengetahuinya. Kalau tiada kurnia ALLAH
atasmu dan rahmat-NYA, tentulah kamu sudah mengikuti setan kecuali sedikit saja.


Mematuhi ALLAH ialah mematuhi hukum Alquran yang disampaikan Rasul, maka mematuhi hukum demikian adalah mematuhi ALLAH. Banyak orang yang mengatakan dirinya patuh namun tidak menyampaikan Ayat Alquran yang disampaikan Rasul tapi yang mereka namakan dengan Hadis Nabi. ALLAH menuliskan semua yang mereka sampaikan itu untuk perhitungan risiko pasti, Alquran cukup sempurna selaku sumber hukum untuk disampaikan bahkan tanpa kontradiksi antara sesama Ayatnya begitupun dengan keadaan yang berlaku dalam sejarah alam semesta.

Dalam masyarakat Islam, segala sesuatu harus diserahkan kepada ahlinya yaitu yang berhak menurut milik, ilmu atau kepandainnya, bukan menurut kedudukan, keturunan, atau derajat terpandang. Karena itu Islam adalah agama yang mengajar orang menempatkan sesuatu pada posisi wajar yang dijadikan motto: "The Right man on the Right place."
Dan Islam sangat membenci sikap "Right or Wrong my country" yaitu sikap asal saja untuk keuntungan negeri dengan memakai segala cara dan jalan. Islam bukan bersikap nasional tetapi internasional di mana orang-orang yang menganut satu ide saling membantu dengan jiwa persaudaraan, dan membenci atau sekurang-kurangnya tidak menyukai penganut ide lain walaupun saudara kandungnya dari ibu bapak yang sama.

Karena itu, Islam bukanlah agama yang membenarkan sistem feodal dan kerajaan yang sifatnya pusaka keturunan, juga tidak membenarkan facisme yang didasarkan atas kekuatan tentara, lalu menjajah semua daerah yang dapat dikuasai tanpa norma hukum yang diturunkan ALLAH.

Dalam kehidupan sehari-hari tentulah dibutuhkan lingkungan daerah kekuasaan di mana berlaku hukum dan pengabdian untuk ALLAH sendiri-NYA. Dalam daerah itu juga harus ada pemimpin tertinggi bagi pelaksanaan hukum, begitupun pemimpin-pemimpin lain yang memimpin bidang-bidang khusus tertentu, seperti bidang ekonomi, pertahanan, pelajaran, luar negeri dan sebagainya. Masing-masing pemimpin ini disebut Ulil Amri pada Ayat 4/59 dan 4/83 namun semuanya adalah orang-orang pilihan didasarkan atas kepatuhan pada hukum ALLAH, kesanggupan dan keahliannya. Sumber hukum bagi pemilihan mereka yaitu Ayat 3/159 dan 42/38 yang menyatakan segala sesuatu harus melalui putusan musyawarah. Maka contoh dan ciri bagi mereka yang hendak dipilih ialah:

وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ
وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَلِكَ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

35/28. Dan dari manusia dan makhluk berjiwa serta ternak, berbeda warnanya seperti itu. Bahwa yang takut
pada ALLAH dari hamba-hamba-NYA ialah para sarjana. Bahwa ALLAH mulia lagi pengampun.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُ
وباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

49/13. Wahai manusia, bahwa KAMI menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan KAMI jadikan kamu
berlingkungan dan bergolongan agar kamu saling mengenal. Bahwa kamu yang lebih mulia pada
ALLAH ialah kamu yang lebih insyaf. ALLAH mengetahui lagi pemberi kabar.


Jadi yang takut pada ALLAH ialah Ulama yaitu para sarjana, demikian kesimpulan tentang Islam yang sungguh semua ajaran dan hukumnya mengandung nilai ilmiah. Semakin tinggi pengetahuan seseorang tentang hidup dan materi maka dia jadi semakin takut pada ALLAH.
Keadaan itu tentulah ditimbulkan oleh keinsyaan yang dia peroleh dengan pengetahuan tersebut hingga dia lebih mulia menurut penilaian ALLAH. Akhirnya benarlah pendapat yang menyatakan bahwa Theology adalah puncak sains sesuai dengan maksud Ayat 81/26, 81/27 dan 112/2 bahwa ALLAH adalah tujuan samadi, ujung dari segala pemikiran, keplanet manapun manusia pergi, akan ternyata ketentuan yang tercantum dalam Alquran benar-benar cocok dengan pemikiran.

sumber :myquran.org



BERSAMA KEPIMPINAN ULAMAK



CALON RAKYAT UNTUK RAKYAT
Zulkefly Mohamad bin Haji Omar
Lulusan : Ijazah Master (Master In Science – Corporat Comm. Universiti Putra Malaysia)
Pekerjaan : Ahli Perniagaan
Umur : 45 Tahun
Jawatan Parti
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2007 - )
Mantan Timbalan Pesuruhjaya (2005-2007)
Mantan Pengurus Pembangunan Bisnes Telekom
Jawatan Lain
Pengerusi No Incinerator Broga
Timbalan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu N.Sembilan.
Takbir ! Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar !



Your Ad Here
PerformancingAds
Blog Widget by LinkWithin