feedburner


Delivered by FeedBurner

feedburner count
Join Vinefire!
PerformancingAds
Your Ad Here

Kisah Ramlee, Ajis dan Sudin @ Tahanan ISA-Kedahlanie

Labels:

          Ada sekumpulan anak-anak pergi berhari raya..

Ramlee, Ajis dan Sudin pergi pusing keseluruh kampung untuk beraya sambil mengumpul duit raya..
Dari pagi hinggalah ke petang..
Sebaik saja pukul 5 mereka pun berteduh di bawah sepohon pokok..
Sambil mengira 'HASIL' kutipan duit raya pada hari ini..


Tiba-tiba..
Seorang gengster Kampung Dusun muncul ntah dari mana..
Sarip Dol namanya..
Tanpa banyak bicara Sarip Dol telah merampas kesemua duit raya itu..
Ramlee,Ajis dan Sudin hanya terkebil-kebil..
Takut nak melawan,maklumla..
Sarip Dol anak JKKK Kampung Dusun ni..

Sarip Dol kata mereka tak berhak keatas duit ini kerana,
Mereka mencuri dari setiap rumah yang mereka pergi beraya..
Belum sempat Ramlee,Ajis dan Sudin hendak membalas tuduhan itu..
Sepak terajang hinggap ke muka mereka..
Diam la mereka..
Tak berani bersuara lagi,maklumla..
Sarip Dol anak JKKK Kampung Dusun ni..

Tapi hari ini..
Selepas 7 tahun berlalu,
Sarip Dol telah menghantar wakilnya..
Untuk menyerahkan kembali Duit Raya yang dirampas dahulu,
Maka terpinga-pingalah Ramlee, Ajis dan Sudin..
Kenapa bila lagi 4-5 hari sebelum raya
Tiba-tiba Sarip Dol pulangkan duit raya yang dirampasnya dulu..
Itupun nilainya tidak cukup..kurang 9 ringgit

Rupa-rupanya..
Jawatan ketua kampung akan dipertandingkan selepas Hari Raya..
Ramlee, Ajis dan Sudin anak kepada penduduk Kampung Dusun ini juga..
Jadi bapa Sarip Dol menyuruh agar Sarip Dol berkelakuan baik..
Dan cover balik segala kejahatannya dahulu..
Supaya penduduk kampung ini 'MEMILIH' nya bila tiba hari pemilihan besok.

Bila diketahui sahaja niat Sarip Dol ni..
Ramlee, Ajis dan Sudin hanya diam dan..
HAQ PTUIH!!!
Moral: Takyah nak terima kasih dengan Hisyamuddin pasal pembebasan tahanan ISA ni.Tiada sebab untuk berterima kasih.Mereka yang menangkap,kewajipan mereka untuk membebaskan tahanan ISA ini. Terutamanya terbukti mereka tidak bersalah..

Sapa-sapa blogger yang ucap terima kasih dalam blog masing-masing dimohon..
TARIK BALIK!!! dan..Terima Kasih
Author Faethal






0 comments:

Post a Comment

Your Ad Here
PerformancingAds
Blog Widget by LinkWithin